Kepentingan Maqasid Syariah dalam Menjamin Kemaslahatan Ummah






DUA 2022 : Pengajian Dalam Islam

TAJUK FOLIO : Kepentingan Maqasid Syariah Dalam Menjamin Kemaslahatan Ummah

NAMA PENSYARAH : Puan Wahidah Binti Mat Said

NAMA AHLI :
  1. Raihan Najihah Binti Junoh       ( 02DAT17F2057 )
  2. Siti Balqis Binti Zainuddin        ( 02DAT17F2033 )
  3. Siti Aisyah Binti Johari              ( 02DAT17F3031 )
  4. Nurul Izzah Binti Mohd Ramli  ( 02DAT17F2015 )
PROGRAM : Diploma Akauntansi

SESI : Disember 2017

JABATAN : Perdagangan


PENGENALAN

        Maqasid berasal daripada perkataan "maqsud" atau "maqsad" yang membawa erti kehendak, matlamat atau tujuan. Jadi, Maqasid Al-Syariah bermaksud tujuan, natijah atau maksud dikehendaki oleh syarak melalui sumber dalilnya menerusi Al-Quran dan Al-Sunnah. Maqasid didefinisikan sebagai mewujudkan kebaikan (manafaah) dan menolak keburukan serta menghilangkan kemudaratan (mafsadah). Menurut Imam Syartibi dan Al Ghazali (2010), matlamat umum syariah merangkumi lima komponen maqasid yang sangat mustahak iaitu keselamatan akal, agama, harta, jiwa/nyawa dan keturunan.yang setiap perundangan hukum itu mestilah bertujuan melindungi atau memelihara kepentingan akal, agama, harta, nyawa dan nasab atau keturunan umat manusia.

            Komponen kepentingan maqasid ini membuktikan bahawa Islam ialah sistem hidup yang lengkap, komprehensif, relevan pada bila-bila masa dan sudah tentu boleh dilaksanakan dalam apa-apa jua urusan kehidupan. Garis panduan yang ideal ini adalah untuk memastikan segala keperluan, kehendak dan aspirasi kehidupan dapat dipenuhi serta dipelihara. Hal ini juga selari dengan prinsip maqasid syariah iaitu menjamin serta melindungi maruah, kepentingan dan serta kehormatan individu di samping memelihara keharmonian hubungan sesama manusia. Oleh itu, untuk mencapai objektif pengurusan Islam, strategi, pendekatan, etika dan budaya yang ingin dikembangkan dalam sesebuah organisasi perlulah seiring dengan matlamat syariah Islam di samping mencapai matlamat khusus organisasi itu sendiri.  


PRINSIP-PRINSIP ISLAM

1. Menjaga Keselamatan Agama (خفظ الدين) 

          Matlamat syariah yang pertama dan terpenting dalam kehidupan seseorang Muslim ialah menjaga keselamatan agama. Agama menjadi pemisah kualiti sebenar seorang muslim dan amat berkait rapat dengan aspek akidah. Dalam konteks organisasi, aspek keagamaan perlu dititikberatkan. Kegiatan yang dilaksanakan hendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang. Sebaliknya, kegiatan yang meningkatkan keimana dan keteguhan akidah perlu dibudayakan.  

          Contohnya, ibarat rumah yang dilengkapi dengan tiang dan bumbung, begitu juga dalam agama, kita perlu menjaga akidah dengan menunaikan solat. Solat merupakan tiang agama manakala bumbung merupakan amalan yang dilakukan ole seseorang. 



Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Ikhlas ayat 1-3."Kataknlah wahai Muhammad, Allah itu Satu. Allah tempat tumpuan (meminta). Dia tidak beranak dan tidak pula diperanakkan dan tidak ada sesuatu yang menyamai denganNya. 


2. Menjaga Keselamatan Jiwa (nyawa)  (خفظ النفس) 

Salah satu tujuan atau muqasid al-syariah ialah menjaga dan memelihara jiwa (nyawa) serta tubuh badan manusia. Contohnya, dalam peraturan jalan raya kita perlulah patuh kepada lampu isyarat agar kita dapat mengelak daripada berlakunya kemalangan. Allah telah menentukan yang terbaik untuk hambanya, jika kita merasai kesedihan janganlah menyakiti diri atau nyawa sendiri mahupun orang lain sebagai jalan setiap masalah. Hali ini mewajibkan seseorang itu memelihara nyawanya dan nyawa orang lain sejajar dengan firman Allah iaitu: 




Maksudnya: 
"Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu, Kami tetapkan atau Bani Israel, bahawasanya sesiapa yang membunuh seseorang manusia dengan tiada alasan yang membolehkan membunuh orang itu atau kerana melakukan kerosakan atas muka bumi, maka seolah-olah dia telah membunuh menusia semuanya dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselelamatan hidup manusia semuanya". 
                                                                                                                           (Surah al - Maidah 5:32)

         Maksud ayat tersebut menjelaskan bahawa nyawa perlu dipelihara oleh setiap individu. Oleh itu, dalam konteks organisasi, persoalan keselamatan harus diberi keutamaan. Hal ini termasuklah unsur keselamatan di tempat kerja atau di sesebuah lapangan perlu dititikberatkan. segala kegiatan yang boleh menggugat atau mengancam nyawa manusia hendaklah dihindari. 


3. Menjaga Keselamatan Akal (خفظ العقل)  

          Menjaga akal dan pemikiran merupakan salah satu daripada matlamat syariah Islam. Oleh itu, akal dan pemikiran perlu dijaga kerana merupakan anugerah Allah yang paling berharga kepada manusia. Akal dan pemikiran juga merupakan keistimewaan daripada Allah SWT yang membezakn manusia berbanding dengan makhluk lain. Akal bukan sahaja perlu dijaga tetapi perlu disuburkan fungsinya demi kebaikan umat sejagat. Oleh itu, segala unsur yang boleh merosakkan akal adalah dilarang sama sekali termasuklah minum arak, mengambil dadah serta memikirkan perkara yang tidak terjangkau oleh akal manusia. Hal in berdasarkan firman Allah: 
                                                                                                                          

  

Maksudnya: 
"Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, judi, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan barang-barang anak panah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya". 
                                                                                                                        (Surah al-Maidah ayat 90)


4. Menjaga Keselamatan Maruah dan Keturunan (خفظ النصب)

         Memelihara maruah dan keturunan manusia merupakan salah satu matlamat syariah. Oleh itu, segala bentuk yang boleh membawa kepada pencabulan maruah dan keturunan manusia adalah dilarang sama sekali. Ini sejajar dengan firman Allah: Maksudnya:"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)".

 Maksudnya:
"Dan janganlah kamu menghampiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan)".
                                                                                                                              (Surah al-Isra' ayat 32)

          Dalam konteks organisasi, perkara yang boleh mendorong kepada perbuatan zina dan mencabul kehormatan orang lain hendaklah dihalang dengan segera. Hal ini dapat dilaksanakan dengan meningkatkan kesedaran beragama serta mewujudkan budaya yang boleh mengukuhkan nilai dalaman dan akhlak pekerja. Dengan itu, organisasi dapat dilihat sebagai bersih dari pelbagai unsur negatif yang boleh menjatuhkan maruah warganya serta merendahkan reputasinya dalam kalangan masyarakat.


5. Menjaga Keselamatan Harta  

          Menjaga dan memiliki harta merupakan salah satu tujuan untuk maqasid al-syariah. Hal ini dijelaskan oleh Allah melalui firmanNya: 


     
Maksudnya: 
"Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan denga sebab apa yang mereka telah usahakan (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.
                                                                                                                         (Surah al-Maidah ayat 38)

          Pengertian ayat di atas menjelaskan bahawa tidak ada seorang pun yang dibenarkan melakukan pencerobohan terhadap harta orang lain. Justeru, setiap individu diberikan kebebasan untuk mencari, memilikki serta menggunakan harta dengan cara yang halal. Dalam hal ini, warga organisasi hendaklah memelihara harta organisasi, menggunakannya secara berhemah dan tiada pemborosan. Warga organisasi perlu memastikan diri mereka memperoleh harta yang halal dan menghindari cara yang salah seperti rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya dalam perlaksanaan tugas. Segala amalan yang baik tersebut perlu dijadikan budaya dalam kalangan warga organisasi. Dengan itu, pendapatan yang diperolehi akan bersih dan diberkati Allah SWT.    


KESIMPULAN


Maqasid al-syariah merupakan matlamat-matlamat yang ingin dicapai oleh syarak dalam pensyariatan hukum. Umumnya maqasid ini tertumpu kepada penganjuran (manafaah) dan penolakkan (masadah). Maqasid al-syariah juga merupakan penaung kepada dalili-dalil syarak. Ia bukannya suatu yang asing daripada dalil-dalil syarak, bahkan terkandung di dalamnya sama ada secara langsung atau tidak langsung. Di samping itu, ilmu maqasid al-syariah merupakan satu cabang ilmu yang penting dalam Islam. Mereka yang memahami konsep ini akan merasai kesempurnaan Islam. Skop asas syariat Islam adalah untuk memberikan kebaikan kepada manusia dan menjauhkan mereka dari segala keburukan. Antara prinsip-prinsip maqasid syariah adalah menjaga keselamatan agama, menjaga keselamatan jiwa(nyawa), menjaga keselamatan akal, menjaga keselamatan maruah dan keturunan dan menjaga keselamatan harta. Kepentingan memahami ilmu maqasid al-syariah bagi seorang mujtahid dan pengkaji hukum tidak boleh diabaikan demi untuk memastikan penilaian hukum yang dibuat terhadap sesuatu masalah itu selari dengan tuntutan syarak.  


RUJUKAN

1. Buku Teks Pengurusan Dalam Islam siri Politeknik (OXFORD FAJAR). Asmahan Mokhtar dan Nurshahiza Mohamad Isa

2.  prinsippengurusanislam.blogspot.com

3.  https://www.slideshare.net/.../maqasid-al-syariah-pengenalan


LAMPIRAN

Image result for keratan akhbar tentang maqasid syariah


Image result for maqasid syariah           Image result for maqasid syariah













Ulasan